Dalam Perang Perancis-Prusia (1870-1871) Garde Nationale

Perang Perancis-Prusia membawa kepada penggulingan kerajaan Maharaja Napoleon III pada bulan September 1870 yang membawa kepada penubuhan Republik Perancis Ketiga; di mana pemerintah Republik tersebut memindahkan pusat mereka ke Tours. Paris pada ketika ini dijaga pasukan Pengawal berbanding pasukan tentera biasa. Paris diserahkan kepada pihak Prusia pada 28 Januari 1871, ketua eksekutif pemerintah Adolphe Thiers menandatangani suatu gencatan senjata dengan Prusia yang membubarkan Tentera Perancis namun ia tidak menjejaskan pihak Pengawal.

Suatu peperangan tercetus antara pihak pemerintah Republik dengan golongan radikal dalam Garde National dari 21 hingga 28 Mei 1871. Suatu laporan daripada Jeneral FĂ©lix Antoine Appert hanya menyatakan sebanyak 877 orang terkorban, 6,454 cedera dan 183 orang yang hilang dalam kalangan askar tentera dari bulan April hingga Mei ketika tercetusnya konflik ini.

Berikutan peristiwa tersebut, badan ini dibubarkan di semua komun di Perancis pada 25 Ogos 1871. Undang-undang 27 Julai 1872 menyatakan bahawa "setiap badan bersenjata yang diorganisasikan tertakluk kepada undang-undang tentera melaporkan diri kepada Kementerian Perang" (Perkara 6).